Assalamualaikum..selamat pagi semua..
ni satu perkongsian video Buat tatapan pengunjung blog ni.. mungkin blh bg manfaat. sesaje je untuk hilangkan ke'stresss'an yang melampau ni..hehe
“Sesungguhnya Allah kasih kepada seseorang di antara kamu apabila bekerja sentiasa meningkatkan mutu kerjayanya.”
“Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan) kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhan-Mu hendaknya kamu berharap.”
“Sesungguhnya sudah berlaku sunnah Allah SWT sebelum daripada kamu, kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Rasul-Nya.” (Surah al-Imran, ayat 137)
“Sebaik-baik manusia yang panjang umurnya dan baik pula pekerjaannya, manakala sejahat-jahat manusia ialah yang panjang umurnya tetapi buruk pula amalannya.”
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”
Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.
Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat.