Total Pageviews

Thursday 11 September 2014


Assalamualaikum..Nak cerita pasal kahwin lah dalam entry ni.Boleh tak?Kalau sebut je pasal kahwin sure excited sangat kan.Sapelah yang tak suka kahwin kan.kalau boleh nak kahwin cepat cepat je kan.Boleh je, nikah gantung jalan penyelesaiannya.


Eh eh bukan Sya nak cerita pengalaman Sya nikah gantung.Sya Nikah pun belum lagi (just cita2 jer..haha) so tak dapatlah nak share.Nak share topik ni sebab hari ni dok check tenet tetibe jumpe kisah sal nikah gantung.. bnyk cgt tgk entry yg cite sal pngalaman diorang dlm nikah gantung..hemm.. ad bnyk jg manfaatnya,.yelah kan, ad org yg ckp nikah awl ni , susah.. nk bljr tnggi2 xdpt.. nnt yg akn hadapi.. gaduh?? cerai?? Nauzubillah .. Tp pndapat sya , lau remaja sekarang couple je kan. yelaa.. pndapat lain2..hem2..Ni yg sya petik dri fb seorang hamba Allah..

by Ustaz Hashim Al-Maranji 

Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat.


Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan "coupling" (dulu disebut berdua2an atau merendet) antara lelaki dan wanita. Ada yang memberi alasan untuk ber'couple' dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum Thourndike "cuba-cuba" atau "trial and error". Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata,"Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!"



Tu jer yg blh dikongsi..ehh.. sya bkn nk galakkan korang lpas ni trus kawen .hehehe.. tp InsyaAllah cara ni cara yg terbaik bt pasangan yg :
  • Masih BELAJAR
  • TidaK cukup KEWANGAN
  • XBERSEDIA menghadapi dan memegang tanggungjawab berumah tangga ..
Lebih baik berkahwin dari ber'couple islamic' 
wallahua'lam...


No comments:

Post a Comment