“Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
- Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
- Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu
- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu , dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
- Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
- Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta) dia akan menanyakan kesusahan kamu
- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
- Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk atau maksiat.
- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
- Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
- Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.
Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.
“sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
Manusia adalah insan kerdil yang sentiasa cenderung melakukan kesilapan … Bedampinglah kamu dengan insan-insan yang mampu menasihatimu apabila kamu melakukan kesalahan… serta insan yang mampu menerima teguran apabila dia melakukan kesilapan. Kerana manusia itu diciptakan saling memelukan….
#sya#nad#pia#gyra#meen#
Ukhuwah KITA bagai seutas tasbih …… di cipta untuk mengingatiNya… ada awal tiada penghujungnya…..dibahagikan untuk cintaNya dan diratib untuk redhaNya…..YOU'RE my everything...
No comments:
Post a Comment