Total Pageviews

Wednesday, 17 September 2014

masa yang diberkati ^-^



Assalamualaikum.. harini.. nk ckp sal mase. time ssesibuk bt esaimen ni, mase trase sgt singkat. huhuhu.. TAPI.. Dalam kesibukan ni lah , kita kna pandai cari keberkatan masa tu. Acap kali sentap ngn tguran naqibah , sibuk pun jgn tgl Allah.. jgn tgl Islam ... memang xdinafikan , time sibuk ni la amalan hari2 dok buat jd tgl .hermm.. Tp betul.. kalau kite sibuk , tapi kite berusaha utk curi sdikit mase utk sumbangkan pd islam , masa tu akn jd lbih diberkati..  #teguran utk diri sendiri#

Islam mengajar manusia cara menjaga dan mengurus masa dengan baik serta berkesan mengikut kehendak syariat antaranya:




1.  Membuat  perancangan  yang teliti. Setiap pekerjaan sudah pasti akan dilaksanakan mengikut masa tertentu. Justeru, penjadualan adalah sesuatu yang  mustahak.  Jadual  hendaklah disediakan dengan kemas dan rapi bagi mengelakkan berlakunya sebarang pembaziran masa.


Tempoh  menyiapkan  sesuatu kerja hendaklah ditetapkan untuk mengelakkan kerja  tertangguh  dan  tidak  sistematik.  Nabi  Allah  Ibrahim a.s sendiri umpamanya  menyediakan jadual khusus dalam waktu hidupnya seharian untuk bermunajat  (berzikir)  kepada  Allah SWT,  bermuhasabah  diri  dan berfikir mengenai ciptaan Allah SWT serta keperluan hidupnya seperti makan dan minum.

2.  Sentiasa  menepati  masa  kerana  sebagai  umat  Islam yang sentiasa inginkan  kemajuan  diri, hendaklah sentiasa menepati masa bagi mengelak timbulnya  hal  negatif  lain  akibat  kecuaian tidak mematuhi ketepatan masa.  Kata-kata  hikmat  menyatakan:  “Jangan  tangguh  kerja  hari ini sehingga hari esok”.

3.  Jangan  membazir  masa kerana orang yang benar-benar menghargai masa akan  sentiasa  memastikan waktu terluang diisi perkara bermanfaat untuk dirinya hingga tidak mempunyai waktu melakukan perkara merugikan.

4.  Menjaga  kualiti  masa. Kualiti masa berbeza mengikut aktiviti serta keperluan  tetapi  Islam  sudah menyusunnya mengikut batas tertentu yang pasti sesuai dan perlu diambil perhatian semua umat muslimin.

5.  Berlumba-lumba  meningkatkan  kualiti  dan  produktiviti.  Manusia dituntut  menghasilkan sesuatu yang berkualiti dan bermutu supaya setiap masa  dilalui  memberi kebaikan. 

Rasulullah SAW bersabda  yang bermaksud: 

“Sesungguhnya  Allah  kasih  kepada seseorang di antara kamu apabila bekerja sentiasa meningkatkan mutu kerjayanya.”

6.  Beristiqamah  dalam  melakukan  kerja.  Kekuatan  untuk  mengekalkan semangat  dan  usaha  boleh dilakukan apabila seseorang menyedari bahawa setiap tugas itu adalah ibadat kepada Allah SWT.

Firman  Allah  SWT yang  bermaksud:   

“Maka  apabila kamu telah selesai (dari sesuatu  urusan)  kerjakanlah  dengan  bersungguh-sungguh  (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhan-Mu hendaknya kamu berharap.”

7.  Mengambil iktibar daripada masa silam. Setiap pekerjaan atau tugasan dilakukan  tidak semuanya akan menghasilkan kejayaan seperti diharapkan, namun  Islam menuntut kita supaya sentiasa menjadikan masa silam sebagai panduan membina kekuatan diri menghadapi dugaan hidup.


“Sesungguhnya sudah berlaku sunnah Allah SWT sebelum daripada kamu, kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Rasul-Nya.” (Surah al-Imran, ayat 137)

8. Martabat manusia dinilai dengan masa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 

“Sebaik-baik manusia yang panjang umurnya dan baik pula pekerjaannya, manakala sejahat-jahat manusia ialah yang panjang umurnya tetapi buruk pula amalannya.”
Allah SWT menyatakan dengan terang dan jelas berkenaan orang yang untung dan rugi dalam pengurusan masa hidup mereka melalui firman yang bermaksud: 

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang yang  beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”

Golongan  manusia  yang tidak akan rugi ini adalah golongan manusia yang melakukan  kerja  dan  tugasan  hidup  mereka  dengan  menepati kehendak syariat.  Dengan  beberapa  kaedah dinyatakan, orang beriman dan beramal soleh  akan  berusaha  melakukan sesuatu pekerjaan dengan rasa insaf dan penuh penghayatan.



Manusia  yang  untung  ini juga akan sentiasa memohon kepada Allah SWT untuk menguatkan  semangat  mereka  dalam perjuangan hidup di samping berusaha membantu rakan taulan serta saudara seagama dengan pesanan berguna.


Orang  yang  beruntung  dalam  hidup  adalah  mereka yang beriman dengan mengikrarkan lidahnya dan membenarkan hatinya bahawa semua ajaran dibawa junjungan Rasulullah SAW adalah benar belaka.

Selain  beriman,  dia juga mengerjakan apa yang diimankannya dan membuat kebajikan  mendatangkan  manfaat kepada umum serta membawa orang lain ke arah jalan diredai.

wallahua'lam...

2 comments:

  1. Terima kasih atas ilmu yg berguna ini..Semoga ia memberi manfaat kpd semua hamba Allah yg lemah ini

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah.. nasihat utk diri sndiri jgk :)

    ReplyDelete